Selasa, 14 Oktober 2014

HOMESTAY PENUH HINGGA 15 NOVEMBER 2014

Memaklumkan bahawa Home stay Taman Keruing 4C/3 sudah diduduki sehingga 15 November 2014. Maka sesiapa yang ingin menyewa homestay ini, tunggulah selepas 16 November ini ya... Maaf atas kesulitan.

Selasa, 2 September 2014

TEMPAHAN UTK CUTI SEKOLAH BULAN SEPTEMBER TELAH DIBUKA.

Kepada yang inginkan menempah Homestay Taman Keruing ini bagi sesi cuti sekolah 13-21 September, alhamdulillah, ianya masih kosong. Sesiapa yang ingin menempah, jangan segan-segan untuk telefon saya, Mazwandi bin Mustaffa di talian 013-310 2710. Jika tidak terjawab, SMS atau Whatsapp atau Telegram pada saya. In Sya Allah saya akan call balik.....

Rabu, 18 Jun 2014

SELAMAT DATANG KE HOMESTAY KAMI.

No.9, Jalan Keruing 4C/3, Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor.

Homestay Taman Keruing 4C/3 terletak di Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor, Selangor DE. Ia terletak di mukim Rasa, iaitu satu tempat jaraknya 7km daripada Kuala Kubu Bharu dan 5km dari Batang Kali. Jarak dari UPSI, Tanjung Malim, Perak adalah 25km, Sek Men Agama Tinggi KKB (6km), manakala Darul Quran, MRSM KKB dan IPTN Ampang Pechah adalah sejauh 7km sahaja serta Sekolah Men Sains SEMASYUR adalah sejauh 12km.

Sesiapa yang inginkan ke Genting Highland, ianya hanya sejauh 35km sahaja.

Ruang tamu .
Ruang Tamu yang selesa disediakan untuk segenap jenis pelanggan yang menetap di Homestay kami. Samada menginap untuk kenduri kahwin, anak memasuki alam persekolahan di MRSM, Sek Men Sains SEMASYUR atau Darul Quran, atau untuk percutian menikmati keindahan alam flora dan sungai2 jernih di sekitar Hulu Selangor, di sinilah tempatnya.

Kami juga menyediakan air mineral 500ml sebanyak 6 botol setiap hari serta pinggan mangkuk dan cerek air elektrik untuk kemudahan anda.



Kemudahan TV dan peti ais juga disediakan kepada setiap pelanggan yang sudi menghuni di teratak Homestay Taman Keruing 4C/3.


Master Bed Room
Bilik 3
Bilik 2

Homestay Taman Keruing 4C/3  menyediakan 3 bilik untuk kemudahan pelanggan kami. Bilik 'Master bed Room' dengan katil saiz 'Queen', Bilik 2 (tengah) dengan katil Double Decker (Queen size di bawah dan single di atas) serta bilik 3 (belakang sebelah dapur).

Sesuai untuk pelanggan yang berkeluarga dan bujang. Kami syorkan bagi kepada pelanggan yang ada anak kecil, bilik 2 adalah bilik yang paling sesuai diinap untuk anak-anak anda kerana percayalah, mereka akan seronok bermain katil 'double decker' itu.


Redup, tenang mata memandang....
Kepada sesiapa yang sudi untuk menginap di Homestay ini, jangan teragak-agak untuk menelefon saya, Mazwandi Bin Mustaffa, di talian HP 013-310 2710 untuk tempahan. Harga yang kami sediakan amat murah dan berbaloi, iaitu hanya

RM 150.00 semalam

Check in, seperti biasa paling awal jam 1.00 tgh dan check out paling lewat jam 12.00 tgh. Tetapi, check in checkout ini boleh diperbincangkan lagi mengikut keselesaan pelanggan kami

Isnin, 2 Jun 2014

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, hasil titik peluh kepenatan untuk menjayakan Homestay sulung saya ini, akhirnya telah tercapai untuk disewakan kepada orang ramai. Cumanya terdapat sedikit lagi kerja-kerja yang perlu dibuat, iaitu membuat pagar batu. Insya Allah selang 2 hari, rumah ini akan tersedia dengan indahnya untuk diduduki oleh orang ramai.

Jika ada tempahan dan pertanyaan, jangan segan silu untuk menelefon saya, di ;

013-310 2710 (Mazwandi Bin Mustaffa)

HOMESTAY TAMAN KERUING 4C/3
NO. 9, JALAN KERUING 4C/3,
TAMAN KERUING,
44200 RASA
HULU SELANGOR
SELANGOR D.E